GOOGLE DOCUMENTS

 

PENGENALAN






Google Docs adalah aplikasi yang disediakan oleh google untuk keperluan pengurusan dokumen, terutama aplikasi pejabat. Google Docs ini merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh google.co.id yang berfungsi untuk menyimpan fail dokumen yang ada pada computer seseorang penguna tersebut. Jadi, google docs membawa maksud bahawa pengguna dapat menggunakan google docs sebagai tempat menyimpan data. Sekiranya telefon atau komputer dijangkiti virus, pengguna tidak perlu risau sekiranya dokumen tersebut telah disimpan di dalam google docs. Hal ini kerana fail yang telah disimpan di dalam google docs akan selamat sepenuhnya daripada sebarang virus. Pengguna hanya perlu log masuk akaun google dan pergi ke google docs untuk mendapatkan semula dokumen atau fail yang telah disimpan tersebut. 




Google Docs tidak hanya menyimpan, tetapi ia juga dapat digunakan untuk memproses, menyimpan, membuat, mengedit dokumen yang sedia ada atau baru hendak dibuat seperti Microsoft Office di Windows atau secara dalam talian.

 





No comments:

Post a Comment