KESIMPULAN

 

  Kesimpulannya,pembangunan laman web mempunyai banyak kebaikan yang dapat kita peroleh, sebagai contoh berkongsi menganai tools dan apps. Dengan terhasilnya pembangunan blog ini, maka selesai lah sudah tugasan 3 kami.

Seterusnya, terdapat pelbagai jenis tools/apps yang dihasilkan oleh pakar teknologi, tetapi kajian ini menekankan kepada tools/apps iaitu Google Form, Google Doc, Youtube dan Waze. Dengan Google Form, anda boleh membuat dan menganalisis tinjauan langsung di penyemak imbas mudah alih atau web dan tidak memerlukan perisian khas. Selain itu, dengan menggunakan Google Form kita sebagai pengguna akan mendapat hasil segera apabila kita mengakses. Seterusnya, dapat meringkaskan hasil tinjauan sekilas dengan carta dan grafik.

  Manakala, Google Doc pula adalah alat kolaborasi dan pengarang dokumen nyata yang sangat hebat dan teliti. Sebagai pengguna kita dapat mengedit dokumen pada masa yang sama, sambil melihat perubahan satu sama lain seketika. Pengguna dapat menghasilkan dokumen teks, tayangan slaid, spreadsheet, gambar, dan tinjauan.

     YouTube adalah laman web perkongsian video percuma yang memudahkan pengguna untuk menonton video dalam talian. Bahkan pengguna boleh membuat dan memuat naik video sendiri untuk dikongsi dengan orang lain. Pada awalnya YouTube dibuat pada tahun 2005, YouTube kini menjadi salah satu laman web paling popular di Web, dengan pengunjung menonton sekitar 6 bilion jam video setiap bulan.

   Disamping itu, Waze pula adalah sebuah program aplikasi navigasi geografi berkaitan GPS bagi telefon pintar yang mempunyai sokongan GPS dan skrin paparan yang menyediakan informasi ikut urutan dan masa perjalanan yang dikemukakan pengguna dan maklumat laluan, memuat turun maklumat lokasi yang bergantung ke atas rangkaian telefon mudah alih. Selain itu, waze menggunakan maklumat yang dikumpulkannya untuk mengira kelajuan rata, memeriksa kesalahan jalan, memperbaiki susun atur jalan dan arah belok. Waze berfungsi paling baik dalam perjalanan pengguna.

  Akhir sekali, dengan adanya tools/apps ini dapat memudahkan setiap pengguna dia dunia ini. Walaubagaimanapun, setiap benda pasti ada baik dan buruknya. Begitu juga dengan penggunaannya, kita seabagai pengguna yang seharusnya bijak dalam menggunakan sesuatu tools/apps dengan betul.




 

No comments:

Post a Comment