YOUTUBE
PENGENALAN

YouTube ialah sebuah laman
web video Amerika Syarikat yang beribu pejabat
di San Bruno, California. Perkhidmatan ini telah
dicipta pada Februari 2005 oleh tiga bekas pekerja PayPal - Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim. Pada November 2006, ia
telah dibeli oleh Google dengan harga AS$1.65bilion. YouTube kini beroperasi sebagai salah satu anak syarikat Google.
Laman web ini membenarkan para pengguna untuk
memuat naik, menonton, mengulas, berkongsi, menambahkan ke kegemaran,
melaporkan dan memberi komen kepada kandungan video dan ia menggunakan
teknologi seperti WebM, H.264/MPEG-4 AVC dan Adobe Flash Video untuk memaparkan pelbagai jenis media video
yang telah dihasilkan para pengguna. Antara jenis video yang terdapat di laman
web ini ialah bertujuan profesional, pendidikan, komersial, keagamaan,
pemasaran, komedi, muzik, rakaman isu-isu semasa, rakaman konsert dan banyak
lagi.
Disamping itu, YouTube merupakan salah satu laman web komunikasi awam di
atas talian. Laman web ini telah direka khas untuk memuat naik rakaman video
dan boleh dikongsikan bersama pengguna lain. Pengguna yang berdaftar boleh meletakkan
apa sahaja rakaman video yang dikehendaki di laman web YouTube. Selain itu,
mereka juga boleh menonton setiap video yang dimuat naik oleh pengguna-pengguna
lain di laman tersebut. YouTube mengandungi pelbagai jenis video yang menarik
dan unik untuk ditontoni. Video-video yang jarang didapati dan dilihat di
tempat sendiri juga boleh didapati di laman web YouTube. Video yang dimuat naik
bukan sahaja bertujuan hiburan semata-mata, namun ia mempunyai pelbagai
kandungan yang dapat dimanfaatkan bersama.
Kebanyakan kandungan di YouTube dimuat naik
oleh para individu, tetapi ada juga syarikat-syarikat media. Pengguna
tidak berdaftar hanya boleh menonton video sahaja, manakala untuk mereka yang
berdaftar dibenarkan untuk memuat naik video secara tanpa had dan memberi komen
pada video. Video-video yang dianggap yang mungkin menyinggung perasaan boleh
didapati bagi pengguna berdaftar yang mengesahkan diri mereka berusia
sekurang-kurangnya 18 tahun
No comments:
Post a Comment