GOOGLE FORM

PENGENALAN


        


 Google Forms adalah salah satu aplikasi yang disertakan bersama Google Drive. Google Forms adalah borang maya yang membolehkan anda mendapatkan maklumat-maklumat tertentu yang dikumpul dari responden yang telah anda tetapkan. Contohnya apabila anda berkehendakkan maklumat berkenaan dengan maklumat peribadi responden. Anda boleh membina borang menggunakan Google Forms dan disebarluaskan menggunakan peranti dan gajet terkini.  Pengguna anda boleh memasukkan maklumat yang dikehendaki dan menghantar kepada anda dengan hanya menggunakan peranti telefon pintar dan tablet.

 Aplikasi Google Forms berfungsi bagi memberi kelebihan kepada anda dalam mengurus data serta berinteraksi dengan pengguna anda. Beberapa perkara yang anda boleh buat menggunakan Google Forms.

1.Mengumpulkan maklumat pengguna.
2.Membina borang undian.
3.Menguruskan kehadiran.
4.Mengumpulkan hasil dapatan responden kajian.
5.Membina Instrumen soal selidik.
6.Menghasilkan analisis dapatan data,instrumen atau soal selidik.
7.Menghasilkan soalan kuiz
8.Menghasilkan soalan penilaian dan pentaksiran.

 Terdapat banyak lagi aplikasi yang boleh digunakan sebagai borang maya. Google Forms hanya salah satu darinya. Google Forms boleh dibina secara percuma dan berfungsi bersama komponen-komponen Google yang lain seperti Gmail, Google Adwords dan sebagainya.

 Google Form adalah perkhidmatan dari Google yang membolehkan pengguna membuat tinjauan, soalan dan jawapan dengan ciri bentuk dalam talian yang dapat disesuaikan mengikut keperluan pengguna. Oleh itu, pengguna boleh mendapatkan jawapan secara langsung dari “audiens” yang mengikuti tinjauan ini.



No comments:

Post a Comment