PENGENALAN
Waze adalah
aplikasi GPS dan navigasi berasaskan komuniti yang memandu pengguna melalui
jalan sesingkat yang mungkin semasa memandu ke suatu tempat. Ia diakses dengan menggunakan
telefon pintar dan dapat membantu pengguna mencari petunjuk jalan dan
mengelakkan kesesakan lalu lintas. Hal ini kerana Waze akan memberi petunjuk
jalan lain yang tiada kesesakan lalu lintas kepada pengguna. Aplikasi Waze
tersedia untuk platform Android, IOS, Windows Mobile.
Waze mempunyai
daya tarikannya tersendiri, iaitu pengguna dapat melihat keadaan trafik lalu
lintas secara live. Dengan itu, pengguna dapat melihat samada jalan yang
dipilih untuk ke suatu destinasi itu terdapat kesesakan lalu lintas seperti
jam dan sekatan jalan oleh polis atau JPJ. 1maklumat berkenaan kesesakan
lalu lintas dan sekatan jalan ini diketahui apabila terdapat pengguna waze yang
lain mengupdate status semasa ketika mereka sedang memandu. Oleh sebab
itu, pengguna lain akan dapat tahu maklumat semasa berkenaan pilihan jalan yang
dipilih.
Dengan adanya
maklumat secara langsung berkenaan trafik pada peta waze ini, pengguna dapat
membuat keputusan samada mahu menggunakan laluan alternatif bgi mengelak
halangan tersebut bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh pengguna.

No comments:
Post a Comment